Sekolah Sri Bangsar

Sekolah Sri Bangsar telah ditubuhkan pada 1982 oleh Dato' Seri Ainon Maisarah. Pada ketika itu Dato' Seri Ainon Maisarah, adalah ahli parlimen kawasan Sri Bangsar. Sekolah Sri Bangsar bermula sebagai sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangsar (sebuah sekolah kerajaan)

Kini selepas 26 tahun, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangsar bertukar status kepada sekolah swasta, sekaligus ditukar namanya menjadi Sekolah Sri Bangsar. Sekolah Sri Bangsar dibeli oleh seorang tokoh usahawan yang terkemuka di Malaysia iaitu Tan Sri Hisham.

Sekolah Sri Bangsar mempunyai dua sesi persekolahan. Pelajar tingkatan satu, dua dan tiga bersekolah pada sesi petang. Pelajar tingkatan empat dan lima pula menimba ilmu pada sesi sebelah pagi.

Sekolah Sri Bangsar terkenal sebagai juara bertahan peringkat negeri bagi kejohanan bola sepak. Sekolah Sri Bangsar juga sentiasa disebut-sebut sebagai sekolah yang berdaya saing dan berwawasan seiring dengan cabaran globalisasi masa kini.

Pemberitahuan : Pihak pengurusan AinMaisarah menerima beberapa emel daripada ibubapa yang mencari sekolah ini sekitar Bangsar. Bagi mengelak kekeliruan, pihak pengurusan AinMaisarah ingin menyatakan di sini bahawa Sekolah Sri Bangsar ini adalah ciptaan novelis remaja AinMaisarah. Kesemua watak pelajar dan cikgu di dalam Sekolah Sri Bangsar ini terdapat di dalam kesemua novel AinMaisarah. Sekolah Sri Bangsar ini hanyalah sebuah sekolah maya yang dicipta bagi mengumpul semua pembaca buku AinMaisarah. Para pembaca novel AinMaisarah dapat berinteraksi sesama sendiri di sini. Semua gambar dan cerita hanyalah ciptaan AinMaisarah dan tidak ada kena mengena dengan realiti sebenar. Sebagai contoh, gambar bangunan Sekolah Sri Bangsar di atas hanyalah khayalan penulis.

 

Sekolah Sri Bangsar

Sekolah Sri Bangsar telah ditubuhkan pada 1982 oleh Dato' Seri Ainon Maisarah. Pada ketika itu Dato' Seri Ainon Maisarah, adalah ahli parlimen kawasan Sri Bangsar. Sekolah Sri Bangsar bermula sebagai sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangsar (sebuah sekolah kerajaan)

© 2017 Sekolah Sri Bangsar. Hakcipta Terpelihara