Logo Sekolah

 

Logo sekolah adalah gabungan daripada 4 buah rumah sukan.

Rumah sukan Sri Bangsar terdiri daripada :

RUMAH BIRU

Air adalah lambang kuasa bagi rumah biru. Ahli rumah biru mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


RUMAH MERAH

Api adalah lambang kuasa rumah merah. Ahli rumah merah kebanyakkannya dilahirkan sebagai pemimpin. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Ahli rumah api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Mereka juga tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


RUMAH KUNING

Angin adalah lambang kuasa rumah kuning. Ahli rumah kuning adalah seorang yang berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


RUMAH HIJAU

Tanah dan pokok adalah lambang kuasa rumah hijau. Ahli rumah hijau seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal. Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan ahli rumah hijau berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi ahli rumah hijau adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


 
 
Moto Bersatu Kita Teguh
4 rumah sukan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Oleh itu lambang sekolah ini bermotokan "Bersatu Kita Teguh". Dengan kesatuan inilah maka Sekolah Sri Bangsar akan teguh menghadapi segala macam dugaan dan cabaran.
 
Logo SB
Logo SB pula adalah singkatan kepada perkataan Sri Bangsar. Sekolah Sri Bangsar amat beruntung kerana berada di lokasi yang strategik di tengah-tengah komuniti dan kejiranan Sri Bangsar. Dengan bantuan komuniti Sri Bangsar, pelajar-pelajar dapat berulang-alik ke sekolah dengan keadaan selamat. Pemimpin kawasan parlimen Sri Bangsar adalah seorang yang amat prihatin terhadap kemakmurkan kawasan ini dan senantiasa memberi bantuan kepada pihak sekolah.

Sekolah Sri Bangsar

Sekolah Sri Bangsar telah ditubuhkan pada 1982 oleh Dato' Seri Ainon Maisarah. Pada ketika itu Dato' Seri Ainon Maisarah, adalah ahli parlimen kawasan Sri Bangsar. Sekolah Sri Bangsar bermula sebagai sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangsar (sebuah sekolah kerajaan)

© 2017 Sekolah Sri Bangsar. Hakcipta Terpelihara